Site icon TechNave BM

‘Earbud’ Jabra Elite Active 65t dijual di Lazada dengan diskaun 50%, RM449 sahaja pada 9 April ini

Tiada yang menggembirakan ada Perintah Kawalan Pergerakan ini selain daripada makanan atau promosi barang kesukaan anda. Terkini, Jabra menawarkan diskaun 50% pada earbud terkenal mereka, Jabra Elite Active 65t. Anda kini boleh mendapatkannya pada potongan separuh harga, RM449 sahaja!

Sepasang earbud ini sebenarnya berharga RM899, hadir dengan rating IP56 bersama waranti 2 tahun untuk ketahanan peluh dah habuk. Bukan itu sahaja, ia hadir dengan jangka hayat bateri selama 15 jam secara keseluruhan. Pembantu suara seperti Siri, Amazon Alexa, Google Assistant dan Baidu juga boleh digunakan melalui alat teknologi ini.

Untuk mendapatkannya dengan harga runtuh ini, anda hanya perlu ke Lazada dan menyambarnya pada 9 April 2020. Anda perlu ingat, tawaran ini hanya berlangsung selama sehari sahaja pada tarikh tersebut!

Adakah anda akan menyambarnya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version