Site icon TechNave BM

‘Earphone’ Sony WF-SP800N, ketahanan bateri hingga 26 jam bakal hadir di Malaysia pada Julai 2020

Selain daripada telefon pintar, alat teknologi seperti fon telinga (earphone) atau fon kepala (headphone) merupakan gajet yang turut diminati di pasaran Malaysia. Oleh sebab itu, Sony bakal menawarkan Sony WF-S800N di pasaran Malaysia pada bulan Julai 2020 ini.

Sepintas lalu, fon telinga ini dilengkapi spesifikasi menonjol seperti pembatalan hingar aktif yang berfungsi untuk membantu anda fokus semasa sedang bersenam. Adaptive Sound Control merupakan elemen penting yang membenarkan anda mengubah suai bunyi berdasarkan persekitaran anda. Ia juga dilengkapi teknologi BASS dan 360 Reality Audio untuk menambah lagi kualiti bunyi dan muzik yang imersif.

Salah satu ciri teknologi yang popular sebagai penanda ukur sesuatu gajet adalah ketahanan bateri. Fon telinga Sony (TWS) kali ini menawarkan ketahanan bateri berjumlah 18 jam termasuklah daripada perumah pengecasan atau 26 jam sekiranya anda tidak mengaktifkan pembatalan hingar aktif. Reka bentuk 3D yang melengkung juga agak menarik untuk keselesaan penggunaan fon telinga.

Setakat ini, Sony WF-SP800N dijangkakan memiliki harga sekitar RM700-RM800, lebih kurang sama dengan siri sebelumnya, Sony WF-SP700N yang berharga RM749. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita mengenai harga dan tarikh pelancarannya yang rasmi.

Exit mobile version