EcoFlow mengumumkan pelancaran peranti pintar di Malaysia, EcoFlow GLACIER dan EcoFlow WAVE 2 yang mempunyai kelebihan teknologi bateri untuk menyampaikan prestasi cekap tenaga di rumah dan aktiviti luar.
EcoFlow GLACIER adalah peti sejuk beku mudah alih yang menampilkan pembuat ais binaan dalam dengan bateri boleh tanggal 298Wh. Ia menawarkan 40 jam penyejukan atau 19 jam suhu di bawah paras beku dengan sekali cas, boleh membuat 18 kiub ais dalam masa 12 minit serta mempunyai dua ruang penyimpanan dengan kawalan suhu bebas untuk penyejukan dan pembekuan serentak.
Selain itu, ia dilengkapi dengan pemampat dan boleh menyejukkan dari 30°C hingga 0°C dalam masa 15-20 minit apabila ditetapkan kepada Mod Maks. Seperti bank kuasa, ia juga berfungsi sebagai pengecas mudah alih untuk elektronik kecil seperti komputer riba dan telefon. Dengan pemegang dan roda yang boleh dilipat, GLACIER mudah dibawa kemana-mana sahaja.
Setersunya, penghawa dingin dan pemanas mudah alih EcoFlow WAVE 2 memberikan penyejukan dan pemanasan terpantas dengan keupayaan penyejukan 5100 BTU dan 6100 BTU dengan keluasan berkesan 107.6 kaki persegi (10 meter persegi).
Berukuran 22 peratus lebih kecil daripada pendahulunya, WAVE 2 lebih mudah dibawa sambil menawarkan sehingga lapan jam masa penggunaan oleh bateri tambahan 1159Wh. Ia mempunyai berbilang mod termasuk Eco, Sleeping and Fast serta suhu boleh laras dan banyak lagi yang boleh diakses dalam aplikasi EcoFlow.
Kedua dua peranti di atas boleh dicas dengan kuasa AC, pengecas kenderaan, panel solar atau dari stesen janakuasa. Anda boleh rujuk di bawah untuk melihat produk dengan harga yang ditawarkan:
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

