Jenama kelengkapan rumah ECOVACS hari ini memperkenalkan robot vakum flagship DEEBOT X11 Family buat kali pertama untuk pasaran Asia Pasifik. Ia dilengkapi pelbagai fungsi pembersihan canggih dan akan dijual untuk pasaran Malaysia bermula hari Khamis, 9 Oktober 2025.
Ia dilengkapi teknologi pengecasan PowerBoost yang boleh mengecas baterinya sebanyak 6% dalam masa tiga minit sahaja. Sewaktu melaksanakan jadual mop berkala, ia akan mempunyai pengecasan berpecah (fragmented recharging) dan kawalan kuasa pintar untuk memastikan ia kekal beroperasi.
Ia mempunyai OZMO ROLLER 2.0 yang digabungkan dengan TruEdge 3.0 untuk membuang sebarang kesan kotoran degil pada lantai, dengan menggunakan penggulung mop nilon berketumpatan tinggi (high-density nylon mop roller) supaya ia boleh cecah setiap sudut lantai.
Selain itu, sistem penyedutan BLAST dan teknologi berus ZeroTangle 3.0 memastikan pembersihan yang cekap sambil mengelakkan pintalan rambut. Ia mempunyai kipas 100W berprestasi tinggi dan bateri 6,400mAh yang menawarkan peningkatan prestasi berbanding generasi sebelumnya, termasuklah peningkatan 140% untuk pembuangan habuk, 262% untuk pembuangan rambut dan 100% untuk kutipan objek besar.
Teknologi AI Stain Detection 2.0 pula membenarkan DEEBOT X11 untuk menyusun strategi pembersihan bergantung kepada jenis kotoran pada lantai. Untuk kotoran yang degil, ia akan mengaktifkan Deep Re-Mop Mode untuk memastikan pembersihan yang mendalam.
Ia juga mempunyai AGENT YIKO untuk membuat pemetaan pintar dan laluan pembersihan, manakala TruePass pula membenarkan DEEBOX X11 untuk merentasi halangan setinggi 2.4cm.
Stesen pengecasan OmniCyclone Station menawarkan fungsi kutipan habuk dengan penapisan yang cekap tanpa menggunakan beg.
DEEBOT X11 OmniCyclone akan dijual di pasaran Malaysia pada harga RM5,099. Jualan akan bermula hari Khamis, 9 Oktober 2025 jam 8:00 malam di Lazada, Shopee dan laman web ECOVACS. Pelanggan juga akan menerima pembersih cermin ECOVACS Winbot Mini (bernilai RM1,499) secara percuma, sementara stok masih ada. Anda juga boleh buat pembayaran ansuran selama 36 bulan dengan kadar faedah 0%.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

