Site icon TechNave BM

Edisi Redmi Note 12 Explorer bakal dilancar, sokong pengecasan 210W terpantas di dunia

Hari ini, pada jam 7 malam nanti, Redmi akan memperkenalkan telefon pintar siri Redmi Note 12 di mana imej promosi baharu menunjukkan bahawa telefon edisi Redmi Note 12 Explorer menyokong pengecasan pantas 210W.

Edisi Redmi Note 12 Explorer akan menawarkan pengecasan 210W, menjadikannya pengecasan terpantas pernah dilihat pada telefon pintar. Khabar angin mendakwa Redmi Note 12 Explorer akan membawa bateri 4,300mAh dan boleh dicaj penuh dalam masa 9 minit sahaja.

Diramalkan bahawa Redmi Note 12 Explorer akan hadir dengan paparan AMOLED 6.7 inci yang menawarkan resolusi FHD+, kadar penyegaran 120Hz dan warna 10 bit. Telefon bimbit ini akan dikuasakan oleh cipset Dimensity 1080, RAM 8GB dan storan 256 GB.

Untuk kamera hadapan, ia akan menampilkan kamera swafoto 16MP manakala kamera belakangnya akan dilengkapi dengan kamera utama 200MP yang disokong OIS, lensa ultra lebar 8MP dan lensa makro 2MP. Peranti ini akan menggunakan MIUI 13 berdasarkan Android 12.

Telefon bimbit ini mungkin disediakan hanya dalam warna Midnight Dark. Spesifikasi sebegini mungkin membawa harga yang lebih mahal. Tunggu pelancarannya pda 7 malam ini untuk tahu lebih lanjut

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version