Site icon TechNave BM

eDompet Touch ‘n Go bekerjasama dengan CTOS, bolehkan pengguna semak CCRIS

Touch ‘n Go mengumumkan bahawa ia akan memberikan pengguna eDompet Touch ‘n Go laporan kredit MyCTOS percuma dengan CCRIS, sambil mempromosikan elemen pendidikan dalam konteks rangkuman kewangan. Ini merupakan hasil kerjasama eDompet Touch ‘n Go dan CTOS Data Systems Sdn Bhd (“CTOS”) untuk membantu pengguna eDompet menerima akses pemeriksaan kredit serta memahami proses mengenai dan pelaporan kredit.

Laporan kredit peribadi CTOS membantu pengguna menyemak laporan kredit masing-masing dan cara penilaian dibuat untuk sama ada meluluskan atau menolak pelanjutan kredit. Ia mengandungi maklumat terperinci mengenai hutang, sejarah akaun untuk kad kredit dan pinjaman pengguna. Pengguna dapat mengenal pasti jika terdapat sebarang tanda kecurian dan penipuan dengan ketidaktepatan yang mungkin muncul.

Kes undang-undang dan kebankrapan juga disenaraikan di bahagian berasingan dalam laporan kredit beserta jawatan pengarah dan kepentingan perniagaan. Bukan itu sahaja, bakal tuan tanah atau majikan juga boleh menyemak laporan kredit pemohon untuk menentukan sama ada mereka layak untuk menyewa atau dipilih untuk bekerja.

Menurut Eric Chin, Ketua Pegawai Eksekutif CTOS Data Systems Touch ‘n Go, akan berusaha untuk membolehkan 16 juta pengguna eDompet mengakses dan memahami kredit mereka dengan mudah dan lancar. Anda boleh menyemak butiran program baharu ini melalui aplikasi eDompet Touch ‘n Go.

Promosi laporan MyCTOS percuma dengan CCRIS ini akan ditawarkan sehingga 31 Januari 2022. Untuk maklumat lanjut mengenai, anda boleh layari laman web Touch ‘n Go dan CTOS. Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version