Site icon TechNave BM

eFootball™ lancar kempen “Jom ke Manchester United” untuk komuniti Malaysia

KONAMI Digital Entertainment Limited melancarkan kempen “Jom ke Manchester United!” di eFootball™ yang menawarkan peluang eksklusif kepada peminat bola sepak Malaysia untuk menyaksikan aksi Manchester United secara langsung di Old Trafford.

Melalui kempen ini, rakyat Malaysia hanya perlu bermain perlawanan Friend Match bersama rakan di eFootball™ (Mobile) dan kemudian hantarkan penyertaan lengkap beserta tangkapan skrin di www.jomefootball.my.

Pemenang bertuah akan menerima perjalanan VIP dengan semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya ke United Kingdom termasuk pengalaman menyaksikan perlawanan di stadium legenda yang digelar Theatre of Dreams.

Duta eFootball™ Malaysia, Safee Sali, turut berkongsi keterujaannya selepas berpeluang bermain di Old Trafford awal tahun ini. Selain hadiah utama perjalanan ke UK, peserta juga berpeluang memenangi barangan rasmi Manchester United yang ditandatangani pemain. Kempen terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan berlangsung sehingga 18 Disember 2025.

Pemenang akan diumumkan pada penghujung Disember melalui www.jomefootball.my dan Instagram rasmi @jom.efootball. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menyertai pertandingan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version