Site icon TechNave BM

Ejen Ali The Movie 2 berjaya kutip lebih RM40 juta dalam masa 13 hari

Filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie 2, mencatat sejarah baharu dengan kutipan lebih RM40.6 juta dalam tempoh hanya 13 hari tayangan, sekali gus meletakkannya sebagai antara filem animasi tempatan paling berjaya pernah diterbitkan.

Diterbitkan oleh Wau Animation iaitu studio tempatan berstatus Malaysia Digital (MD), kejayaan ini turut menerima sokongan daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) menerusi Digital Content Grant yang merupakan sebuah inisiatif untuk memacu kandungan digital tempatan ke peringkat global.

Ejen Ali 2 menampilkan gabungan jalan cerita berkualiti, visual mengagumkan dan muzik asli yang sekaligus membuktikan kemampuan bakat tempatan bersaing di pentas antarabangsa. Ia juga selari dengan pelan DICE Roadmap, hala tuju strategik Malaysia untuk menjadi hab kandungan kreatif digital global menjelang tahun 2030.

Setakat ini, industri kandungan kreatif negara telah menyumbang lebih RM87 bilion hasil keseluruhan, RM11 bilion nilai eksport dan RM80 bilion dalam bentuk pelaburan. Dalam usaha melahirkan lebih banyak IP tempatan bertaraf global, MDEC kini membuka penyertaan untuk Animated Short Challenge sehingga 13 Jun 2025.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi MDEC. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version