Site icon TechNave BM

Eksekutif Huawei sahkan EMUI 11 bakal dilancar pada suku ketiga 2020

Dalam sebuah temuramah di China, presiden Huawei Consumer Business Software Dr. Wang Chenglu telah mengesahkan bahawa sistem operasi EMUI 11 akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.

Walaupun tiada tarikh diberikan secara rasmi, media mengandaikan bahawa sistem operasi tersebut akan dilancarkan bersama Huawei Mate 40. Siri telefon flagship itu juga mungkin akan menjadi telefon yang pertama dilengkapi EMUI 11. Beliau memberikan pengesahan itu sewaktu dalam sebuah majlis khas untuk ulang tahun ke lapan sejak EMUI diperkenalkan.

Terbaru, Huawei juga telah mengeluarkan kemas kini EMUI 10.1 untuk produk-produk Huawei serta HONOR. Selain itu, Wang juga mengatakan Huawei sedang menarik lebih banyak pembina aplikasi ke dalam Huawei Mobile Services (HMS) sebagai alternatif kepada Google Mobile Services.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version