Site icon TechNave BM

Eksekutif realme acah harga realme GT, mungkin ~RM2,252

realme akan melancarkan telefon pintar realme GT pada 4 Mac dan beberapa spesifikasi asas sudah pun disahkan seperti cipset Snapdragon 888, RAM LPDDR5 dan corak warna hitam-kuning. Kini, naib presiden realme Xu Qi Chase telah memberi sedikit petunjuk untuk harga telefon andalan tersebut.

Dalam sebuah tulisan di Weibo, beliau mengatakan harga untuk realma GT boleh dirujuk pada realme X50 Pro, di mana ia berharga CNY3,599 (~RM2,252) sewaktu pelancaran. Jika realme GT dijual pada harga sedemikian, ini membuatkannya lebih murah daripada telefon Snapdragon 888 lain seperti Mi 11 (CNY3,999) atau vivo X60 Pro+ (CNY4,998).

Xu Qi turut mengatakan bahawa realme GT tidak akan mempunyai varian yang dilengkapi cipset Snapdragon 870. Beliau turut mengakui bahawa harganya adalah mahal bagi menyediakan prestasi terbaik untuk semua pengguna.

Selain itu, realme turut berkongsi sebuah lagi video iklan pendek untuk realme GT yang menunjukkan rupa bentuknya dengan lebih dekat.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version