Site icon TechNave BM

Eksekutif Sugarbook ditahan atas tuduhan pelacuran dan penyalahgunaan telekomunikasi

Pihak polis Selangor telah menahan seorang eksekutif kanan perkhidmatan Sugarbook kerana beliau disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran dan menyalahgunakan kemudahan telekomunikasi. Wakil polis menyatakan lelaki berusia 34 tahun itu ditahan semalam pada 4:30 petang ditangkap di Shah Alam.

Suspek mengaku bahawa beliau adalah pengasas aplikasi Sugarbook. Sebelum ini, Polisd Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan daripada institusi pengajian awam (IPT) tentang aplikasi Sugarbook yang digunakan oleh para pelajarnya untuk mencari “sugar daddy.” Ini adalah tindakan terbaru terhadap Sugarbook selepas ia diharamkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Suspek akan disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 372(1)(d) Kanun Keseksaan, Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Aplikasi Sugarbook mendapat perhatian meluas baru-baru ini selepas aplikasi itu menyenaraikan IPT yang mempunyai paling ramai pelajar menawarkan perkhidmatan dalam laman web itu.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Sinar Harian

Exit mobile version