Site icon TechNave BM

[Eksklusif] Pra-tempah Samsung Galaxy Z Fold3 atau Flip3, dapatkan SmartTag percuma!

Samsung Malaysia telah pun melancarkan dua telefon lipat terbaru iaitu Samsung Galaxy Z Fold3 5G yang berharga RM6,699 dan Samsung Galaxy Z Flip3 5G yang berharga RM3,999. Kini, TechNave ingin menawarkan promosi eksklusif untuk para pembaca yang membuat pra-tempahan untuk salah satu daripada dua telefon lipat tersebut.

Apabila anda membeli Galaxy Z Fold3 atau Galaxy Z Flip3 di laman web Samsung, anda boleh gunakan kod promosi TNZF3VIP sewaktu membuat pembayaran (checkout) untuk dapatkan Samsung SmartTag Twin Pack (bernilai RM209) secara percuma. Samsung SmartTag Twin Pack mengandungi dua SmartTag yang boleh dipautkan pada sebarang objek dan ia boleh dijejak menggunakan telefon anda.

Promosi ini hanya terhad untuk 200 pelanggan pertama sahaja, jadi jangan bertangguh lagi! Untuk maklumat lanjut tentang dua telefon canggih ini, pastikan anda baca artikel pelancaran Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G.

Layari laman web Samsung Malaysia untuk membuat pra-tempahan untuk dua telefon lipat ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membelinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version