Site icon TechNave BM

Eksklusif TechNave: Kod baucar RM200 untuk tempahan siri Samsung Galaxy S23!

Seperti biasa dengan pelancaran telefon andalan Samsung, kami akan memberikan kod baucar untuk tempahan siri Samsung Galaxy S23. Baucar ini sah digunakan di kedai dalam talian Samsung Malaysia sahaja dengan kod TNGS23R yang menawarkan diskaun RM200 kepada anda sementara stok masih ada.

Namun, ada dua perkara yang perlu kami nyatakan tentang kod itu. Pertama, kod baucar rujukan media ini tidak boleh ditambah dengan e-baucar lain. Kedua, pengguna masih akan menikmati potongan RM200 dan tiada hadiah tambahan dengan kod kerana ia hanya diskaun. Anda boleh memasukkan kod pada kotak “Masukkan Kod Promosi” sebelum membuat pembayaran.

Selain baucar kami, Samsung Malaysia juga mempunyai e-baucar untuk tempahan siri Samsung Galaxy S23. Jika anda membeli siri Galaxy S23 pada laman Samsung Malaysia, anda boleh memiliki e-baucar RM400 serta diskaun sehingga 30% PWP (pembelian-dengan-pembelian) untuk aksesori Samsung, Samsung Care+, Galaxy Tablet dan Buds.

Anda juga boleh melakukan tukar ganti dengan peranti lama anda. Sebaliknya, jika anda membeli siri Galaxy S23 di Samsung Experience Stores dan Samsung Authorized Partners, anda mendapat faedah yang sama kecuali e-baucar. Sebagai pertukaran, anda akan menerima beberapa aksesori percuma yang bernilai sehingga RM1458.

Sebagai peringatan, berikut ialah harga tempatan rasmi untuk siri Galaxy S23:

Galaxy S23 Ultra

Galaxy S23+

Galaxy S23

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tawaran ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version