Site icon TechNave BM

Ekspo gaming E3 2020 mungkin akan dibatalkan

Kemas kini 12 Mac: E3 sudah dibatalkan secara rasmi.

Nampaknya acara gaming tahunan yang paling besar dan penting, Electronic Entertainment Expo (E3), untuk tahun ini mungkin akan dibatalkan. Menurut laporan daripada Ars Technica, penganjur sudah pun mengambil keputusan untuk membatalkan E3 2020 dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

Setakat ini masih tidak diketahui mengapa ia dibatalkan tetapi kita boleh andaikan bahawa ini adalah susulan pembatalan beberapa acara teknologi lain yang berprofil tinggi sepert MWC, GDC dan Google I/O akibat penularan wabak COVID-19. Ini adalah kali pertama acara gaming utama itu dibatalkan sejak penganjurannya pada 1995.

Sementara itu, syarikat pembina permainan video Devolver Digital juga memuat naik ciapan yang seolah-olah mengatakan bahawa E3 2020 sudah pun dibatalkan dan menggalakkan peserta E3 untuk “batalkan tiket penerbangan dan hotel untuk ke E3.” Beberapa wartawan juga menyatakan kehampaan mereka terhadap berita pembatalan E3 ini.

Sementara itu, walaupun GDC sudah dibatalkan namun penganjurnya akan meneruskan dengan siaran secara langsung dalam talian pada 16 hingga 20 Mac di mana mereka yang berminat boleh menontonnya secara percuma. Tidak mustahil untuk E3 mengikut langkah GDC dengan menganjurkan acara dalam talian.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Ars Technica, Engadget

Exit mobile version