Elon Musk berpendapat angkasa lepas berpotensi menjadi lokasi paling murah untuk menjalankan pusat data kecerdasan buatan (AI) pada masa hadapan ketika permintaan terhadap kuasa pengkomputeran terus meningkat.
Menurut Musk, kemudahan AI yang ditempatkan di orbit boleh memanfaatkan tenaga suria yang hampir berterusan selain mendapat kelebihan penyejukan semula jadi dalam persekitaran angkasa. Tambahnya, keperluan tenaga bagi model AI semakin meningkat dengan pesat dan berpotensi memberi tekanan kepada infrastruktur tenaga dan pusat data di bumi dalam jangka panjang.
Atas sebab itu, Musk melihat pembinaan pusat data AI di angkasa sebagai salah satu penyelesaian yang mampu menyokong keperluan pemprosesan AI berskala besar pada masa hadapan. Idea tersebut selari dengan visi syarikat seperti SpaceX dan xAI yang terus mengembangkan teknologi aeroangkasa dan AI termasuk potensi penggunaan satelit serta infrastruktur di orbit untuk menyokong pembangunan teknologi generasi akan datang.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Astro Awani

