Site icon TechNave BM

Elon Musk beli 9.2% saham Twitter, menjadikannya pemegang saham terbesar

Ahli perniagaan terkenal Elon Musk telah memperoleh saham sebanyak 9.2 peratus dalam platform media sosial Twitter, menjadikannya pemengag saham terbesar dalam syarikat tersebut. Peratusan itu melambangkan saham sebanyak 73.5 juta bernilai USD2.9 bilion (~RM12.23 bilion).

Elon Musk sendiri merupakan seorang pengguna Twitter yang aktif dan mempunyai sekitar 80 juta pengikut. Beliau kini mempunyai pegangan saham yang lebih tinggi daripada pengasas Twitter, Jack Dorsey, yang mempunyai pegangan sekitar 2.25%.

Pembelian oleh Elon Musk ini menyebabkan harga saham Twitter untuk meningkat sebanyak 20 peratus kepada USD47.86 semalam.

Beberapa hari sebelum beliau membeli saham Twitter, Elon telah menanyakan beberapa soalan di Twitter mengenai mutu media sosial tersebut, seperti “Kebebasa bersuara adalah penting dalam sebuah demokrasi yang berfungsi. Adakah anda percaya Twitter berpegang pada prinsip ini?” Sebanyak 20 juta pengguna mengundi dalam soalan tersebut, di mana 70 peratus mengatakan “Tidak”.

Beliau juga menyifatkan Twitter sebagai pusat pertemuan utama untuk masyarakat (de facto public town square) dan kegagalan untuk berpegang pada prinsip kebebasan bersuara akan menjejaskan demokrasi. Beliau juga bertanya sama ada sebuah platform baharu akan diperlukan.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version