Site icon TechNave BM

Elon Musk beli Twitter, dijangka bangunkan projek misteri yang dipanggil “X, The Everything App”

Elon Musk akhirnya membeli Twitter setelah banyak laporan mengenainya sebelum ini. Menurut laporan terbaru, Twitter tidak merancang untuk membawa perkara lepas ke mahkamah dengan menghidupkan semula perjanjian $44 bilion (~RM203 bilion) kerana ia akan mengakibatkan hal menjadi lebih besar jika melibatkan tindakan undang-undang.

Bloomberg mengatakan bahawa pasukan undang-undang Musk mungkin mencadangkan semula perjanjian itu kerana beliau mungkin kalah dalam perbicaraan jika hal ini di bawa ke mahkamah. Musk telah menyatakan minatnya semula untuk membeli Twitter tetapi kali ini berbeza kerana dia mungkin ingin membina projek baharu melalui pengambilalihan itu.

Melalui satu tweet, jutawan itu mengatakan dengan membeli Twitter, ia membantu dalam pembangunan “X, the everything app”. Kami masih tidak ketahui apakah yang dimaksudkan oleh Musk tetapi ini mungkin projek yang besar. 

Musk mungkin bertujuan untuk mencipta versi aplikasi pemesejan Cina WeChat sendiri. Beliau mengagumi aplikasi Tencent Holdings Ltd. kerana ia bukan sahaja memfokuskan pada perkhidmatan pemesejan tetapi juga telah bertukar menjadi “internet mini” yang digunakan setiap hari oleh lebih daripada satu bilion pengguna di negara China. Ia juga merupakan teknologi kewangan gergasi dan portal berita dan hiburan paling popular di China.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version