Site icon TechNave BM

Elon Musk ingin melantik CEO Twitter baharu apabila syarikat itu di tahap yang kukuh

Elon Musk telah mengumumkan bahawa beliau merancang untuk mengurangkan masanya di Twitter dan mencari pemimpin baharu untuk menjalankan syarikat tersebut. Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa ini mungkin mengambil sedikit masa dan akan terus mengendalikan syarikat media sosial itu sehingga ia berada di tahap yang kukuh.

Musk juga berkata bahawa dia kini sedang melakukan penstrukturan semula organisasi di Twitter dan berharap ia akan selesai pada akhir minggu ini. Beliau membuat kenyataan itu ketika memberi keterangan di mahkamah di Delaware, Amerika Syarikat bagi mempertahankan dakwaan bahawa pakej bayaran USD56 bilion (~RM254.9 bilion) miliknya di syarikat lain iaitu Tesla Inc.

Musk menjelaskan bahawa pada masa ini, terdapat beberapa aktiviti di Twitter supaya syarikat itu boleh disusun semula selepas pengambilalihan. Dia mengakui bahawa beberapa jurutera Tesla membantu dalam menilai pasukan kejuruteraan Twitter secara ” sukarela” dan “pada luar waktu bekerja”.

Apabila pengambilalihan Twitternya selesai, Musk memecat CEO sebelumnya, pemimpin kanan lain di dan separuh daripada kakitangan syarikat itu. Beliau kini menumpukan masanya untuk mengubah nasib di Twitter dengan melantik CEO baharu dan jawatan pengurusan tertinggi yang lain selepas syarikat itu berada di tempat yang kukuh dalam industri.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Reuters

Exit mobile version