Site icon TechNave BM

Elon Musk ingin menarik diri daripada pembelian Twitter

Menurut Reuters, Elon Musk tidak lagi merancang untuk membeli Twitter dengan harga $44 bilion (~RM194 bilion). Musk telah memberitahu Twitter bahawa beliau membatalkan perjanjian itu atas sebab “pelanggaran material beberapa peruntukan perjanjian.”

Pada bulan April lepas, Musk menawarkan untuk membeli Twitter dengan harga $54.20 sesaham dan Twitter bersetuju untuk menerima tawaran itu pada akhir April. Sejak itu, perjanjian itu dilanjutkan kerana isu mengenai spam atau akaun palsu.

Pada bulan Mei pula, beliau menangguhkan pengambilalihan Twitter kerana beliau tidak percaya dakwaan Twitter bahawa akaun palsu atau spam adalah kurang daripada lima peratus pengguna. Musk masih komited dalam meneruskan perjanjian tersebut tetapi beliau harus melihat data akaun spam Twitter terlebih dahulu.

Dalam notis kepada Twitter, Musk berkata bahawa Twitter tidak mematuhi kewajipan kontraknya dan dia tidak diberikan maklumat perniagaan berkaitan yang diminta.

Pengerusi Twitter, Bret Taylor berkata bahawa lembaga Twitter juga ingin menutup perjanjian dan merancang untuk mengenakan tindakan undang-undang berdasarkan perjanjian itu. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Macrumors

Exit mobile version