Site icon TechNave BM

Elon Musk mahu beli Manchester United

Elon Musk iaitu orang terkaya di dunia telah menulis tweet bahawa dia akan membeli kelab bola sepak Manchester United tetapi tidak memberikan sebarang butiran tentangnya. “Saya membeli Manchester United, sama-sama,” kata Musk dalam tweet.

Manchester United kini dimiliki keluarga American Glazer. Sumber melaporkan tahun lepas bahawa Glazers bersedia untuk menjual kelab itu jika mereka ditawarkan melebihi 4 bilion pound (~RM18.2 bilion).

Ketidakpuasan hati dalam kalangan peminat terhadap keluarga Glazers yang mengambil ringan isu untuk membawa masuk pemain terkemuka semakin menjadi-jadi selepas kelab itu menduduki tempat keenam dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Kelab bola sepak itu mempunyai saham AS$2.08 bilion setakat Selasa lepas. Untuk pengetahaun, Glazers telah membeli Manchester United dengan harga 790 juta pound (~RM3.6 bilion) pada 2005. Gerakan anti-Glazer semakin berpengaruh tahun lalu selepas United gagal untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah.

Sesetengah peminat menggesa Musk untuk membeli Manchester United daripada membeli Twitter. Musk mempunyai sejarah tindakan dan komen yang tidak konvensional sehingga kadangkala sukar untuk mengetahui apabila beliau bergurau.

Forbes menganggarkan kekayaannya berjumlah AS$270 bilion (~RM1.2 trilion). Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version