Site icon TechNave BM

Elon Musk rancang untuk mengenakan caj kepada semua pengguna Twitter

Elon Musk, pemilik baru Twitter telah mempertimbangkan untuk meletakkan keseluruhan platform di belakang paywall iaitu sesuatu servis yang perlu dibayar untuk menggunakannya, menurut laporan dari Platformer. Sumber berkata tidak jelas betapa seriusnya rancangan itu dan berkata langkah sedemikian jika dilaksanakan.

Tetapi, ia menunjukkan bagaimana Musk meneroka cara untuk menjana pendapatan baharu daripada Twitter yang diperoleh dengan harga $44 bilion. Beliau baru-baru ini berkata Twitter telah mengalami penurunan hasil yang besar-besaran kerana beberapa pengiklan menghentikan perbelanjaan.

Caj yang bakal dikenakan pada seluruh platform menandakan racangan terbaru Musk tentang cara menjana pendapatan untuk Twitter. Musk juga telah membentangkan satu siri idea untuk proses pengesahan pengguna baharu untuk Twitter melalui perkhidmatan langganan Twitter Blue.

Ia membawa kepada kekeliruan tentang perubahan dasar platform dan jeda perbelanjaan daripada beberapa pengiklan. Jurucakap Twitter tidak segera bersedia untuk mengulas. Elon Musk memperoleh Twitter dengan harga $44 bilion dan dia memecat Ketua Pegawai Eksekutif Parag Agrawal serta ketua pegawai kewangan Twitter.

Twitter memberhentikan kira-kira separuh daripada pekerjanya beberapa hari kemudian. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CNBC

Exit mobile version