Site icon TechNave BM

Elon Musk: Tiada pemegang pintu kereta pada Tesla Cybertruck baru

Jenama Tesla sememangnya sinonim dengan rekaan kenderaan yang bersifat futuristik dengan ciri-ciri pintar tertentu. Baru-baru ini, pengasas Tesla Elon Musk dilihat mendedahkan satu ciri rekaan pada Tesla Cybertruck baharu; ketiadaan pemegang pintu kereta.

Maklumat ini dimuat naik oleh Elon Musk melalui siaran di laman Twitternya. Beliau membalas ciapan sebuah akaun Twitter yang meminta bayangan ciri rekaan Tesla Cybertruck terbaru.

Sebenarnya, pemegang pintu kereta Tesla sememangnya unik kerana ia hanya keluar apabila kunci sudah berada pada jarak dekat dengan kereta. Jadi, tidak mustahil jika Tesla Cybertruck bakal hadir dengan ketiadaan pemegang pintu.

Mungkin ianya seperti Tesla Roadster yang diperkenalkan dengan meleret butang jika anda ingin membuka pintu kereta (lihat video di bawah).

Apakah pandangan anda mengenai kereta bersifat futuristik ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Business Insider

Exit mobile version