Site icon TechNave BM

Elon Musk tubuhkan syarikat AI baharu bernama X.AI

Individu terkaya di dunia Elon Musk telah menubuhkan sebuah syarikat baharu bagi membangunkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bernama X.AI. Beliau mendaftarkan syarikat tersebut di Nevada, Amerika Syarikat pada 9 Mac 2023.

Sebelum ini, Musk dilaporkan telah membeli ribuan unit pemproses grafik (GPU) untuk menjana prestasi cukup dalam membina sebuah produk AI yang akan menyaingi sebuah lagi syarikat AI, OpenAI. Syarikat itu telah mendapat sokongan daripada Microsoft dan telah membina pelbagai produk AI popular seperti ChatGPT, DALL-E dan GPT-4.

Bagi mendapatkan dana untuk membangunkan X.AI, Musk turut dilaporkan telah melakukannya daripada para pelabur SpaceX dan Tesla. Setakat ini masih tidak diketahui apakah jenis produk yang akan dibangunkan oleh syarikat itu.

Musk merupakan salah seorang penentang yang lantang terhadap pembangunan OpenAI, malah telah menandatangan sepucuk surat terbuka bersama beberapa individu teknologi yang berpengaruh bagi mendesak para pembangun AI untuk memberhentikan pembangunannya buat sementara.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version