Site icon TechNave BM

Emoji “ketawa menangis” adalah emoji yang paling kerap digunakan pada tahun 2021

Menurut data yang dikumpul oleh pertubuhan Unicode Consortium, emoji “ketawa menangis” 😂 (tears of joy) adalah emoji yang paling kerap digunakan di seluruh dunia pada tahun 2021. Mereka mendapati emoji tersebut merangkumi lebih 5% daripada semua jumlah emoji yang digunakan.

Emoji tersebut mengekalkan takhtanya sebagai emoji yang paling kerap digunakan sejak mendapat pengiktirafan tersebut pada 2017. Emoji lain yang terdapat dalam senarai 10 emoji teratas adalah ❤️ 🤣 👍 😭 🙏 😘 🥰 😍 dan 😊.

Senarai emoji yang paling kerap digunakan
Kategori emoji yang paling kerap digunakan

Konsortium itu juga melaporkan bahawa 100 emoji teratas yang paling kerap digunakan merangkumi hampir 82% daripada jumlah emoji yang dikongsi. Daripada segi kategori, emoji yang paling banyak digunakan adalah kategori muka senyum, diikuti dengan emosi, muka risau, muka kasih dan muka neutral.

Kategori yang paling kurang digunakan pula adalah bendera negara, walaupun kategori tersebut mempunyai jumlah emoji tertinggi iaitu 258. Susulan daripada itu, konsortium itu mencadangkan bahawa emoji baharu yang akan diperkenalkan pada masa akan datang perlu mempunyai tarikan global dan tidak terhad kepada identiti kebangsaan.

Apakah emoji yang paling kerap anda gunakan pada tahun ini? Kongsikannya di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Unicode Consortium

Exit mobile version