Site icon TechNave BM

EMUI 11 mungkin versi terakhir untuk HUAWEI sebelum beralih ke HarmonyOS

Antara muka pengguna peranti HUAWEI yang terkini adalah EMUI 11 berdasarkan Android 10 dan bukannya Android 11. Ini tidak mengejutkan atas keadaan syarikat HUAWEI buat masa ini. Walau bagaimanapun, syarikat gergasi teknologi ini sedang berusaha untuk menghasilkan sistem operasi mereka yang tersendiri yang diberi nama HarmonyOS (atau HongMengOS).

Berdasarkan sumber terkini, HarmonyOS ini mempunyai kaitan dengan EMUI 11 dan ini mungkin bermakna EMUI 11 adalah versi EMUI yang terakhir sebelum beralih ke HarmonyOS. Sumber juga menyatakan bahawa EMUI 11 sebenarnya berkongsi beberapa ciri dengan HarmonyOS sebagai rangka asas sistem operasi HarmonyOS ini. Dalam bahasa yang mudah, beberapa peralihan ke HarmonyOS sudah bermula.

HUAWEI bercadang untuk melancarkan telefon dengan HarmonyOS pada separa kedua tahun hadapan. Jika benar HUAWEI akan beralih ke sistem operasi baru, ini bermakna tidak akan hadir versi EMUI 12.

Versi beta untuk HarmonyOS ini akan bersedia untuk dicuba pada hujung tahun ini. HUAWEI menyatakan bahawa peranti dengan EMUI 11 akan menjadi antara terawal yang akan menaik taraf ke HarmonyOS.

Adakah anda teruja dengan sistem operasi baru dari HUAWEI ini? Nantikan berita lanjut mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizchina

Exit mobile version