Site icon TechNave BM

Emulator Windows 10X oleh Microsoft, penyesuaian untuk peranti skrin boleh lipat

Terkini, Microsoft telah mengeluarkan pelagak (emulator) untuk Windows 10X. Sumber berpendapat bahawa Windows 10X adalah seperti Windows 10 yang lebih minimal untuk peranti masa hadapan.

Pelagak Windows 10X ini dikeluarkan bertujuan untuk memberi pengalaman pertama kepada para pembangun aplikasi. Jadi, pelagak ini bukan rekaan yang terakhir. Mungkin ia akan diubah suai atau mungkin dikekalkan sebegitu.

Windows 10X direka khas untuk perkakas (hardware) boleh lipat atau dengan dua skrin. Antara perbezaan yang dilakukan adalah pada menu ‘Start’ yang kelihatan lebih minimal dan ringkas. Anda boleh melihat video ringkas Windows 10X pada ciapan (tweet) di bawah.

Masih banyak perbezaan dan naik taraf yang ada pada Windows 10X. Kami akan kongsikan bersama anda melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia dalam berita-berita yang seterusnya. Adakah anda berpuas hati dengan rekaan Windows 10X ini? Beritahu kami di laman Facebook sekarang.

Sumber: The Verge

Exit mobile version