Site icon TechNave BM

Enam orang kehilangan RM300k selepas memuat turun aplikasi daripada ‘scammer’

Enam orang telah kehilangan wang simpanan mereka selepas ditipu oleh sindikat scammer dengan memuat turun aplikasi yang diberikan oleh sindiket tersebut. Menurut Jabatan Penyiasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, mereka mendapat enam laporan daripada mangsa berumur 24-59 tahun pada 7-11 April.

Jumlah kehilangan mencecah RM295,350 dan empat laporan telah dibuat di Kuala Lumpur, manakala yang lain di Pulau Pinang dan Sarawak. Sindiket ini bertindak menghubungi nombor-nombor rawak dan berpura-pura sebagai pihak berkuasa seperti polis.

Kemudian, mereka akan menghantar pautan (www.negarabank.com.my/nbm.apk) melalui WhatsApp, di mana mereka mendakwa datang daripada Bank Negara. Mangsa yang berjaya diperdayakan akan dipaksa untuk melengkapkan butiran bank peribadi ke dalam aplikasi tersebut.

Pengarah JSJK, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad, menasihati rakyat agar berwaspada dengan semua panggilan telefon yang tidak dikenali. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Berita Harian

Exit mobile version