Site icon TechNave BM

Epic Games bermurah hati, dapatkan diskaun ‘game’ sehingga 75% dan kupon tambahan $10 (~RM43)

Kami tahu masih ada yang kecewa kerana kegagalan memuat turun GTA 5 Premium Edition percuma di Epic Games Store. Terkini, terdapat jualan Epic Mega Sale bermula pada 14 Mei sehingga 12 Jun 2020. Jualan ini menawarkan potongan sehingga 75% untuk pembelian game. Bukan itu sahaja, anda juga akan mendapat lebih potongan dengan kupon tambahan bernilai $10 (~RM43).

Untuk mendapatkan kupon ini, anda hanya perlu log masuk dan klik pada iklan ‘Epic Coupon’ yang tertera. Kupon ini hanya boleh digunakan untuk pembelian game tertentu yang ditetapkan semasa tempoh Epic Mega Sale atau penambahan $14.99 ke atas. Anda boleh membaca soalan lazim dan FAQ disini.

Kami menyarankan untuk anda menyemak sebelum ‘check out’ pembelian game. Menurut mereka, kupon akan diaplikasikan secara automatik ke atas pembelian game yang ditetapkan. Apa yang menariknya, anda boleh mendapatkan lagi $10 kupon jika anda menggunakan kupon pertama semasa dalam tempoh promosi ini.

Perlu diingatkan bahawa kupon ini hanya sah sehingga 1 November 2020. Antara game yang tersenarai dalam Epic Mega Sale adalah beberapa siri Assassins Creed, siri FarCry dan banyak lagi! Kunjungi Epic Mega Sales sekarang!

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version