Site icon TechNave BM

Epic Games CEO menggambarkan kualiti ‘game’ PS5 realistik seperti dalam filem!

Apakah yang digilai peminat PlayStation 5? Jika anda masih belum membaca mengenai ciri teknologinya yang terkini, hal yang bakal dinyatakan ini mungkin salah satu perkara yang bakal digilai peminat PlayStation!

Menurut CTO Epic Games, Kim Libreri mengklasifikasikan kualiti video game PS5 seperti dalam filem. Tahap realistik game ini dikatakan seperti dalam filem. Jadi, anda boleh menjangkakan pengalaman gaming yang lebih baik!

Menurutnya, grafik generasi terkini yang digabungkan bersama kuasa pemproses bukan sahaja menjadikan game lebih imersif, menghasilkan keadaan yang dinamik, AI yang lebih baik dan pengalaman multiplayer yang lebih bagus.

Unreal Engine 5 untuk PS5

Jika anda pernah melihat The Mandalorian, set filem yang menggunakan aset visual tinggi seperti itu menggambarkan apa yang diklasifikasikan sebagai game bertahap realistik seperti dalam filem.

Jika melihat pada senarai game yang telah disahkan Sony untuk PlayStation 5, sememangnya ia bakal hadir dengan kualiti yang lebih baik dan imersif. Adakah anda akan memiliki PS5 jika ianya hadir dengan jangkaan harga peranti dan harga game yang pernah kami nyatakan?

Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Forbes

Exit mobile version