Site icon TechNave BM

Epic Games pamerkan contoh ‘gameplay’ realistik yang mampu dijana oleh PlayStation 5

Hari ini, Epic Games telah mengeluarkan sebuah video pembentangan teknologi yang menunjukkan kebolehan Unreal Engine 5 dalam menjanakan grafik gameplay dalam masa sebenar (real-time) di PlayStation 5.

Dalam pembentangan tersebut yang dinamakan Lumen in the Land of Nanite, Epic Games menunjukkan sebuah gameplay yang menampilkan corak pencahayaan yang realistik dalam gua, lembah, kamar gelap serta struktur-struktur kuno. Gameplay tersebut dijana dengan arkitektur grafik AMD RDNA2 dan teras CPU Zen 2.

Dua teknologi yang diketengahkan adalah Nanite virtualised micropolygon geometry yang membenarkan artis untuk mencipta imej janaan 3D yang sangat jelas dengan berbilion poligon, dan Lumen iaitu sebuah teknologi pencahayaan yang bertindak balas terhadap sebarang perubahan dengan pantas.

Pembentangan ini nampak sangat meyakinkan dan persekitaran gameplay ini adalah amat realistik. Ini adalah maklumat terbaru tentang keupayaan PS5, selepas Xbox Series X mempersembahkan beberapa trailer untuk game-game awal dalam konsol tersebut pada beberapa hari yang lalu.

Kongsi pendapat anda tentang pembentangan teknologi ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version