Site icon TechNave BM

Epic Games Store akan terus menawarkan “game” PC percuma pada 2022

Epic Games Store (EGS) merupakan sebuah platform yang sangat popular di kalangan gamers PC kerana mereka sering memberikan game percuma kepada para pelanggan. Kini dalam sebuah artikel yang menyenaraikan pencapaian mereka sepanjang 2021, EGS mengesahkan bahawa mereka akan terus menawarkan game pecuma pada 2022.

Sepanjang 2021, EGS telah menawarkan 89 tajuk game percuma bernilai USD2,120 dan ia telah dimuat turun sebanyak 765 juta kali. Seperti pada tahun lalu, EGS akan terus menawarkan game percuma pada setiap minggu sepanjang 2022.

EGS telah mencatatkan 194 juta pengguna pada 2021, satu peningkatan yang amat ketara daripada 34 juta pengguna pada 2020. Mereka juga meningkatkan jumlah game dalam platform itu, di mana kini 917 tajuk game telah mula dijual sejak 2021 iaitu dua kali ganda lebih banyak berbanding 2020.

Selain itu, pada 2021 juga EGS telah memperkenalkan fungsi Shopping Cart, Epic Achievements, Social Panel, Epic Games Wallet, Newsletter Email dan menyokong transaksi dalam 43 mata wang di seluruh dunia. Untuk 2022, EGS akan memperkenalkan fungsi-fungsi baharu dalam Self Publishing Tools untuk memudahkan pembina game menjual karya-karya mereka di EGS.

Pelanggan juga boleh menjangkakan game baharu untuk dilancar di EGS sepanjang 2022, seperti STALKER 2, Dying Light 2, Rainbow Six Extraction dan Saints Row.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Epic Games

Exit mobile version