Site icon TechNave BM

Epic Games Store mungkin akan beri “game” PC percuma pada hujung tahun ini

Epic Games Store (EGS) merupakan antara platform paling popular dalam PC buat mereka yang gemar bermain game dalam komputer. Selain itu, EGS juga kerap memberi game percuma untuk mempromosikan platform tersebut kepada para pelanggan.

Untuk tahun ini, EGS dijangka akan mengulangi promosi game percuma ini pada hujung tahun, iaitu sekitar pertengahan bulan Disember begi menyambut Hari Natal. Menurut sumber, game percuma akan diberi pada 15 Disember 2022 hingga 10 Januari 2023 dan merangkumi pelbagai game bertaraf AAA hinggalah indie.

Sejak 2019, EGS pernah memberi game percuma pada waktu hujung tahun. Mereka menawarkan 12 game percuma pada 2019, kemudian dinaikkan kepada 15 game pada 2020 dan 2021. Untuk tahun ini pula, maklumat berkenaan game yang ditawarkan masih belum diketahui.

Pada waktu ini, EGS sedang menawarkan game Star Wars: Squadron secara percuma sehingga 2 Disember 2022.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: KitGuru

Exit mobile version