Site icon TechNave BM

EPL anjurkan kejohanan game FIFA 20 yang bakal disiarkan secara langsung di Astro

Dengan penangguhan beberapa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) berikutan wabak COVID-19, penganjur liga tersebut akan menggantikan ketiadaan perlawanannya dengan menganjurkan ePremier League Invitational FIFA 20, sebuah kejohanan permainan video FIFA 20 yang menampilkan para pemain EPL terunggul.

Antara pemain yang terlibat adalah Trent Alexander-Arnold (Liverpool), Raheem Sterling (Manchester City), Wilfried Zaha (Crystal Palace), John McGinn (Aston Villa), Lys Mousset (Sheffield United) dan Diogo Jota (Wolverhampton Wanderers).

Ini adalah sebahagian daripada inisiatif kebajikan #PlayersTogether bagi mengumpul dana untuk diberikan kepada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) dalam menangani pesakit wabak COVID-19.

Bagi para peminat EPL di Malaysia, kejohanan ini akan disiarkan di Astro SuperSport 2 (CH812 HD/CH832) dan Astro GO pada 21-25 April. Setiap saingan akan disiarkan pada pukul 7:00 malam dan 11:00 malam setiap hari, kecuali pada 25 April di mana perlawanan akhir dan separuh akhir akan ditayangkan pada pukul 10:00 malam.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan menonton EPL versi game FIFA 20 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version