Site icon TechNave BM

Ericsson akan tinggalkan Sweden jika larangan terhadap HUAWEI dikuat kuasakan

CEO Ericsson Borje Ekholm mengatakan syarikatnya akan meninggalkan Sweden jika larangan terhadap HUAWEI daripada membina infrastruktur di negara itu dikuat kuasakan. Beliau telah melobi kerajaan Sweden untuk menarik semula larangan tersebut dan membenarkan HUAWEI untuk beroperasi seperti biasa.

Beliau telah berhubung dengan Menteri Dagangan Luar Sweden, Anna Hallberg, untuk merujuk semula larangan yang telah dicadangkan oleh Pentadbiran Pos dan Telekomunikasi Sweden, yang akan mengecualikan semua syarikat China daripada membina infrastruktur 5G tempatan pada Januari 2025.

Jika kerajaan Sweden bertekad untuk menguat kuasakannya, Borje mengatakan Ericsson akan keluar dari Sweden. Seorang ahli lembaga pengarah Ericsson, Jacob Wallenberg, mengatakan larangan terhadap HUAWEI adalah sesuatu yang tidak bagus.

Ericsson merupakan syarikat telekomunikasi yang penting dalam Sweden dan benua Eropah. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Star

Exit mobile version