Site icon TechNave BM

Etiqa syarikat pertama Malaysia umum perlindungan untuk pengecas kenderaan elektrik di rumah

Etiqa telah mengumumkan perlindungan insurans dan takaful baharu untuk pengecas rumah kenderaan elektrik (EV) yang kini tersedia di bawah portfolio produknya. Perlindungan ini tersedia sebagai tambahan percuma kepada polisi atau sijil kereta persendirian Etiqa untuk EV berkuasa bateri atau plug-in hybrid (PHEV) yang baru didaftarkan.

Untuk mempromosikan pengenalannya, syarikat itu menawarkan perlindungan pengecas dinding rumah sebagai tambahan percuma masa terhad untuk polisi insurans dan takaful motor EV yang baru didaftarkan mulai sekarang hingga 31 Mac 2023. Turut tersedia ialah perlindungan kendiri untuk pengecas rumah EV di bawah pelan insurans dan takaful.

Ia adalah untuk pemilik EV yang telah membeli pengecas dinding rumah EV secara berasingan daripada insurans/takaful motor baharu mereka. Tambahan perlindungan pengecas rumah EV menyediakan bayaran balik sehingga RM12,000 untuk menggantikan atau membaiki pengecas rumah EV anda.

Ia termasuk berlaku kehilangan, kerosakan akibat kebakaran, kecurian, kilat, letupan, pecah atau limpahan tangki atau paip air, taufan, ribut angin, gempa bumi dan banjir. Pelan insurans motor dan takaful ditaja oleh Etiqa General Insurance dan Etiqa General Takaful.

Etiqa berharap ini akan mengurangkan kebimbangan pemilik kereta dalam mempertimbangkan EV sebagai pilihan apabila membeli kenderaan baharu dan pilihan peribadi yang boleh kita semua buat untuk menangani perubahan iklim.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Etiqa

Exit mobile version