Site icon TechNave BM

EU dalam proses perkenal bateri boleh ganti dalam telefon untuk kurangkan pembaziran alat elektronik

Hampir semua telefon yang diperkenalkan sekarang mempunyai bateri yang tidak boleh dicabut keluar, tidak seperti telefon dalam dekad-dekad lepas. Akan tetapi, kita mungkin boleh dapatkan bateri yang boleh dicabut semula pada masa akan datang dengan usaha terbaru oleh Kesatuan Eropah (EU) untuk membawanya semula.

EU berbuat demikian dengan tujuan untuk mengurangkan pembaziran elektronik di rantau itu. Jika undang-undang itu diluluskan, syarikat elektronik perlu meningkatkan bekalan alat ganti, terutamanya bateri, untuk telefon-telefon mereka. Cadangan undang-undang itu akan dibentangkan pada bulan Mac.

Jika ia diluluskan, ia akan menyelesaikan antara masalah yang terbesar dalam industri teknologi. Bateri telefon selalunya menjadi semakin luput walaupun telefonnya masih berfungsi dengan baik. Walaupun hanya bateri yang sudah luput, pengguna terpaksa menukar keseluruhan telefon dan ini menyumbang kepada pembaziran elektronik. Dengan undang-undang ini, diharapkan pengguna hanya perlu menukar bateri tanpa perlu membeli telefon baru.

Adakah anda merindukan bateri yang boleh digantikan daripada telefon asalnya? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version