Site icon TechNave BM

EU haramkan jualan kereta menggunakan petrol dan diesel mulai 2035

Kesatuan Eropah (EU) mencapai perjanjian mengenai undang-undang untuk mengharamkan penjualan kereta petrol dan diesel baharu secara berkesan mulai 2035 bertujuan untuk mempercepatkan penukaran kepada kenderaan elektrik dan memerangi perubahan iklim.

Perunding dari negara EU dan Parlimen Eropah perlu meluluskan undang-undang EU baharu dengan Suruhanjaya Eropah merangka undang-undang baharu serta bersetuju bahawa pembuat kereta mesti mencapai pengurangan 100% dalam pelepasan CO2 menjelang 2035.

Perjanjian itu juga termasuk pengurangan 55% dalam pelepasan CO2 untuk kereta baharu yang dijual dari 2030 berbanding paras 2021. Jumlah ini jauh lebih tinggi daripada sasaran sedia ada dengan pengurangan 37.5% pada masa itu. Kereta baharu mesti mematuhi pemotongan 100% CO2 menjelang 2035 dan pemotongan 50% menjelang 2030 berbanding tahap 2021.

Dengan pengawal selia meningkatkan tekanan ke atas pembuat kereta untuk mengekang jejak karbon mereka ramai telah mengumumkan pelaburan dalam kenderaan elektrik. Volkswagen juga berkata bahawa mulai 2033, jenama itu hanya akan mengeluarkan kereta elektrik di Eropah.

Namun, undang-undang EU mendapat tentangan apabila ia dicadangkan pada Julai 2021 dengan persatuan industri kereta Eropah ACEA memberi amaran terhadap larangan teknologi tertentu dan menyeru enjin pembakaran dalaman serta kenderaan hidrogen memainkan peranan dalam peralihan karbon rendah.

Perunding bersetuju bahawa EU akan merangka cadangan tentang bagaimana kereta yang menggunakan bahan api neutral CO2 boleh dijual selepas 2035. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version