Site icon TechNave BM

Kesatuan Eropah menafikan dakwaan Apple bahawa penggunaan USB-C akan menyekat inovasinya

Kesatuan Eropah atau European Union (EU) serius dalam membuat keputusan kepada pengeluar peranti untuk menggunakan USB-C sebagai port pengecasan standard. Android jelas tidak akan menghadapi masalah kerana hampir keseluruhan perantinya menggunakan port USB-C.

Walau bagaimanapun, Apple berpendapat bahawa pengubahsuaian kepada port pengecasan konvensional (USB-C) akan menyekat inovasinya. EU kini telah membalas dakwaan tersebut dan menunjukkan bahawa undang-undang tersebut memungkinkan pengembangan yang berterusan.

Dalam wawancaranya baru-baru ini, MEP dan ketua pertubuhan perlindungan pengguna, Anna Cavazzini mengatakan bahawa cadangan itu membuka peluang kepada Apple untuk menggunakan port USB-C sebagai standard baharu yang tidak akan mengganggu inovasinya pada masa akan datang.

Tidak begitu jelas bagaimana proses untuk Apple menghasilkan peranti terutamanya iPhone menggunakan port USB-C pada ketika ini tetapi yang penting ialah cadangan EU itu memungkinkan pengembangan untuk perantinya.

Setakat ini, hanya iPhone sahaja yang menggunakan port Lightning manakala kebanyakan iPad dan MacBook menggunakan pengecas USB-C. Mungkin sudah tiba masanya Apple menggunakan penyambung USB-C untuk iPhone akan datang.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version