Site icon TechNave BM

EV pertama Perodua – Myvi Conversion mungkin dilancar tahun depan dengan harga bawah RM100k

Perodua baru-baru ini mengeluarkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion di Pameran Auto Malaysia 2024. Perodua dijangka melancarkan kenderaan elektrik pertama selewat-lewatnya tahun depan dengan harga tidak akan melebihi RM100,000 dan tidak akan kurang daripada RM50,000.

Myvi tersebut telah diubah suai daripada segi platform kuasa dan penukar kuasa. Keseluruhan bentuk dan reka bentuk disiapkan di Malaysia dan teknologi penukaran kuasa dibangunkan dengan kerjasama syarikat Australia. Teknologi ini dibangunkan dengan kerjasama tiga universiti tempatan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia.

Kerjasama antara universiti ini yang bermula pada September 2022 adalah untuk membangunkan rangkaian kuasa kenderaan elektrik dari awal. Ia merupakan satu proses yang akan meningkatkan kepakaran dan keupayaan semua pihak dalam bidang kenderaan elektrik.

Pada masa sama, orang ramai digalakkan datang melawat Perodua Myvi Conversion dan menyertai pelbagai aktiviti di Malaysia Autoshow 2024. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: FB Perodua

Exit mobile version