Site icon TechNave BM

Exynos 2200 kalahkan Snapdragon 8 Gen1 dalam ujian skor pelbagai teras

Terdapat pelbagai reaksi mengenai cipset Exynos 2200 yang akan datang. Cipset ini sebaris cipset perdana yang lain seperti Snapdragon 8 Gen1 dan Dimensity 9000. Walau bagaimanapun, spekulasi baru-baru ini mengatakan bahawa cipset keluaran Snapdragon dan Dimensity tidak mampu menandingi Exynos 2200.

Menurut laporan, Samsung akan menangguhkan pengeluaran Exynos 2200 dan ia tidak akan membuat kemunculannya pada siri Galaxy S22. Terasa janggal kerana ini bukanlah norma untuk Samsung. Bermakna, siri Galaxy S22 hanya akan menggunakan cipset Snapdragon. Namun begitu, Samsung mempunyai senarai panjang peranti yang akan menggunakan Exynos 2200 pada masa hadapan.

Baru-baru ini, terdapat pendedahan mengenai markah ujian baharu Exynos 2200 pada pangkalan data GeekBench. Menurut pangkalan data, skor teras tunggal Exynos 2200 ialah 1019 mata manakala skor berbilang terasnya ialah 3513 mata. Qualcomm Snapdragon 8 Gen1 mendapat 1228 mata dalam ujian teras tunggal dan 3306 untuk ujian berbilang teras.

Ini menunjukkan bahawa Exynos 2200 berprestasi lebih baik daripada Snapdragon 8 Gen1 dalam ujian berbilang teras. Walau bagaimanapun, untuk ujian teras tunggal, Exynos 2200 sedikit lebih rendah. Dalam imej di atas, skor Samsung Exynos 2200 berada di sebelah kiri manakala Snapdragon 8 Gen1 berada di sebelah kanan.

Skor Exynos 2200 yang terdedah sebelum ini hanya mempunyai 691 mata untuk teras tunggal dan 3167 mata untuk berbilang teras. Exynos 2200 akan hadir dengan seni bina tiga-kelompok (three-cluster) (1+3+4) generasi baharu. Seni bina ini termasuk teras super Cortex-X2 dengan kadar 2.59GHz, tiga teras besar Cortex-A78 dengan kadar 2.5GHz dan empat teras kecil Cortex-A55 dengan kadar 1.73GHz

GPU menggunakan seni bina RDNA2 oleh AMD. Pada asalnya, Samsung sangat optimistik dengan perkembangan seni bina ini. Baru-baru ini dilaporkan bahawa disebabkan oleh frekuensi tinggi GPU, haba telefon bimbit telah terjejas dengan serius. Samsung terpaksa menurunkan frekuensi dan ia hanya boleh menstabilkan kepada 1.29 GHz.

Walau bagaimanapun, prestasi itu tidak memenuhi jangkaan Samsung dan terdapat masalah dengan penyelarasan pelbagai jabatan. Atas sebab ini, tarikh keluaran Exynos 2200 telah ditangguhkan secara rasmi. Setakat ini, tiada maklumat mengenai tarikh Samsung akan melancarkan cipset ini secara rasmi.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version