Site icon TechNave BM

Exynos 2200 mungkin dapat mengalahkan cipset Snapdragon 895!

Baru-baru ini, cipset Exynos 2200 dari Samsung telah dikesan di penanda aras 3DMark dan ia berjaya untuk mendapat markah setinggi 8134. Ini sememangnya lebih tinggi dari Snapdragon 888 namun, persoalannya adalah ia lebih tinggi dari generasi baru Snapdragon 895?

Mengikut @TheGalox di Twitter, cipset Exynos ini dikatakan akan dapat mengalahkan pesaingnya, Snapdragon dalam kedua-dua prestasi CPU dan GPU. Bukan itu sahaja, Exynos 2200 juga dikhabarkan adalah lebih baik dari Apple A15 Bionic dari segi GPU. Ini tidak mengejutkan kerana Samsung telah bekerjasama dengan AMD untuk meningkatkan kuasa GPU cipset mereka.

Namun begitu, tiada data atau bukti kukuh mengenai hal ini. Nantikan berita lanjut mengenai kehebatan cipset Exynos 2200 ini di Facebook kami. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version