Site icon TechNave BM

Facebook akan lancarkan jam tangan pintar mereka sendiri

Syarikat media sosial ternama Facebook kini sedang merancang untuk membina jam tangan pintar mereka sendiri yang akan memfokuskan pada fungsi kesihatan serta pemesejan.

Menurut sumber, jam tangan Facebook itu akan dilengkapi perisian Google Android versi awam (open-sorce) yang diubah suai oleh Facebook untuk menghasilkan sistem operasinya sendiri. Daripada segi fungsi, ia dijangka akan disepadukan dengan pelbagai aplikasi bawah naungan Facebook seperti Messenger, WhatsApp dan Instagram.

Jam tersebut juga dilapor akan mampu dihubungkan ke rangkaian telekomunikasi, membuatkannya boleh digunakan untuk menghantar mesej tanpa bergantung kepada telefon pintar. Seperti jam tangan pintar lain, ia akan mempunyai pelbagai fungsi kesihatan dan senaman yang akan disediakan oleh syarikat sukan Peloton Interactive.

Jam tangan tersebut dijangka akan dilancar pada 2022. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Information

Exit mobile version