Site icon TechNave BM

Facebook akan beri amaran jika anda berkongsi kandungan COVID-19 yang meragukan

Bagi membendung penyebaran berita palsu di internet, Facebook akan memperkenalkan pemberitahuan (notification) khas jika pengguna media sosial tersebut ingin berkongsi mana-mana bentuk kandungan berkaitan wabak COVID-19. Pemberitahuan ini bertujuan agar pengguna betul-betul memahami sumber dan kebergantungan kandungan yang ingin dikongsi.

Selain itu, pengguna juga diberi pilihan untuk layari Pusat Maklumat Koronavirus (COVID-19) di Facebook yang sentiasa dikemas kini oleh pihak berkuasa antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Kebangsaan (WHO).

Pengguna akan menerima pemberitahuan khas ini jika kandungan yang ingin dikongsi sudah pun melebihi tempoh 90 hari. Pengguna masih dibenarkan untuk berkongsi kandungan seperti itu, namun diharapkan pemberitahuan itu akan membuatkan pengguna berfikir semula sebelum berkongsinya.

Kami sudah pun mencuba berkongsi artikel COVID-19 yang lama di Facebook namun jika ia datang daripada sumber berita yang boleh dipercayai seperti Astro Awani atau Malay Mail, pemberitahuan tersebut tidak muncul. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook Blog

Exit mobile version