Site icon TechNave BM

Facebook atau Meta dikecam sebagai syarikat paling teruk tahun ini

Perubahan nama bagi syarikat Facebook kepada Meta nampaknya tidak begitu memberansangkan kerana ia didapati sebagai syarikat yang paling teruk tahun ini. Setiap tahun, Yahoo! Finance akan memilih “Company of the Year” berdasarkan prestasi pasaran dan pencapaian syarikat manakala “Worst Company of the Year” mengikut tinjauan khalayak ramai mengenai syarikat yang paling mengecewakan. 

Ia mungkin dikira melalui metrik yang berbeza dan terdapat banyak sebab mengapa Facebook mendapat gelaran sebagai syarikat paling teruk tahun ini. Menurut, Yahoo! Finance, walaupun Robinhood, Nikola dan syarikat lain terlibat dalam tinjauan ini yang telah diundi seramai 1,541 pembaca, Facebook telah menerima undian bertulis yang paling banyak iaitu 8%.

Meta (Facebook) menerima undian 50% lebih daripada platform e-dagang China Alibaba kerana mereka telah mendapat sejumlah rungutan daripada para pengguna yang tidak menyetujui tentang beberapa perkara. Salah satu sebabnya adalah kesan terhadap kanak-kanak dan golongan muda, sesuatu yang pernah dibincangkan sebelum ini mengenai kontroversi Instagram.

Walaupun begitu, sesetengah orang mengatakan Facebook boleh menebus dirinya dengan mengakui dan meminta maaf atas apa yang telah dilakukan dan menderma sejumlah keuntungannya kepada sebuah yayasan untuk memulihkan keadaan yang telah berlaku. Sesetengah orang melihat penjenamaan semula Facebook ke Meta sebagai percubaan untuk lepaskan tangan daripada mengambil tanggungjawab terhadap kesalahannya yang lalu.

Adakah anda bersetuju Facebook merupakan syarikat paling teruk? Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Yahoo! finance

Exit mobile version