Site icon TechNave BM

Facebook bantu mengehadkan penyebaran maklumat palsu berkenaan coronavirus

Dengan penularan wabak coronavirus yang agak serius, adalah penting untuk kita ketahui kebenaran sesebuah berita. Dua hari yang lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyebarkan senarai berita palsu yang ditularkan oleh orang ramai. Dalam masa yang sama, Facebook mengambil langkah untuk mengehadkan penyebaran maklumat palsu.

Menurut Facebook, mereka akan menggunakan rangkaian penyemak-pantas global untuk membantu memeriksa kandungan pada platform dan menyingkirkan kandungan palsu. Jika kandungan tersebut palsu, platform tersebut akan mengehadkan penyebarannya. Tambahan pula, pengguna akan diberi maklumat tepat melalui penyemak-pantas.

Sebagai tambahan, platform ini juga menghantar notifikasi kepada sesiapa yang mencuba menyebarkan maklumat tidak sahih dan turut menyingkirkan kandungan jika ia terbukti palsu. Contohnya, jika ada berita yang menyatakan meminum peluntur boleh menyembuhkan virus, kandungan tersebut akan disingkirkan secepat mungkin.

Dalam waktu yang agak tegang ini, adalah penting untuk tidak menyebarkan sebarang informasi palsu yang memberi impak negatif. Facebook telah menjalankan tugasnya, begitu juga dengan anda. Jika anda menemui sebarang berita palsu, laporkan siaran tersebut! Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita sebegini yang terkini. Jangan lupa untuk lontarkan komen anda di laman Facebook kami.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version