Sektor ekonomi ialah sektor yang seperti gering ketika penularan COVID-19. Namun, langkah dan inisiatif dari pelbagai pihak termasuk kerajaan sendiri mungkin boleh mengurangkan beban peniaga, terutama peniaga kecil. Terkini, Facebook juga mengambil langkah untuk membantu peniaga kecil dengan jumlah bantuan geran sehingga RM3.2 juta.
Jumlah RM3.2 juta adalah pecahan untuk kira-kira 300 penerima yang layak. Setiap peniaga kecil mungkin menerima tunai RM5,900, kredit pengiklanan tambahan RM3,500 yang menjumlahkan nilai bantuan lebih kurang RM9,400. Peniaga-peniaga kecil yang ingin memohon bantuan tidak perlu memiliki akaun Facebook untuk memohon.
Untuk para peniaga kecil yang berminat, anda boleh memohon di pautan ini. Tempoh permohonan bermula pada 6 Oktober hingga 12 Oktober 2020.
Anda boleh menyemak syarat kelayakan anda seperti di atas. Contohnya, memiliki bilangan pekerja 2-50 orang, menjalankan perniagaan selama lebih setahun, menghadapi cabaran akibat penularan COVID-19 dan berada di lokasi berdekatan dengan lokasi Facebook (Kuala Lumpur). Pastikan anda mempunyai profil SSM untuk disertakan bersama semasa memohon.
Kekal patuh kepada SOP, kekal sihat dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

