Site icon TechNave BM

Facebook batalkan persidangan antarabangsa kerana penularan Koronavirus

Selepas Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) membatalkan penganjurannya yang sepatutnya dijadualkan pada akhir bulan ini kerana risau dengan penularan wabak Coronavirus, kini Facebook pula membatalkan sebuah persidangan pemasaran antarabangsa atas sebab yang sama.

“Keutamaan kami adalah kesihatan dan keselamatan pasukan kami, maka sebagai langkah berjaga-jaga kami membatalkan Persidangan Pemasaran Global kerana kebimbangan risiko kesihatan awam yang dikaitkan dengan Coronavirus,” kata Facebook dalam satu kenyataan.

Persidangan oleh Facebook itu dijadualkan pada 9 hingga 12 Mac dengan kehadiran yang dijangkakan seramai 4,000 peserta. Penularan Coronavirus yang semakin serius tentunya akan mempengaruhi acara-acara besar teknologi yang lain pada tahun ini, terutamanya selepas pembatalan MWC dan persidangan Facebook.

Bagaimanakah industri teknologi akan terjejas oleh wabak ini? Kongsi tekaan anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version