Site icon TechNave BM

Facebook benarkan kiriman berunsur kematian kepada Putin dan sekutunya

Facebook membenarkan pengguna di Ukraine dan negara lain menyiarkan kiriman berunsurkan tentangan ganas terhadap Rusia dan menyebabkan kontroversi. Meta memberi maklum balas pada Jumaat lepas mengenai pelarasan sementara kepada dasar kandungannya.

Pelarasan itu hanya menyasarkan Ukraine dan ia mendakwa perlu bagi pengguna untuk bersuara menentang serangan Rusia. Terdahulu, e-mel dalaman Facebook menunjukkan bahawa syarikat itu juga membenarkan sementara kiriman yang berunsur ganas di beberapa negara seperti Rusia, Ukraine dan Poland.

Malah, pengguna dibenarkan membuat kiriman berunsur mendoakan kematian kepada Presiden Rusia dan Belarus di Facebook. Contoh kiriman yang dibenarkan seperti “Kematian kepada penceroboh” dan “Kematian kepada Presiden Rusia atau Presiden Lukashenko dari Belarus”.

Sebagai tindak balas, Rusia membuka penyiasatan jenayah ke atas Meta dan meminta mahkamah mengklasifikasikan Meta sebagai kumpulan pelampau. Pengawal selia komunikasi Rusia berkata ia akan menyekat akses orang ramai kepada aplikasi perkongsian foto Meta Instagram mulai 14 Mac.

Presiden hal ehwal global Meta, Nick Clegg membalas dengan satu kenyataannya di Twitter berikutan tindakan kerajaan Rusia dengan berkata syarikat itu bertujuan untuk melindungi hak pertuturan sebagai tindak balas mempertahankan diri terhadap pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version