Site icon TechNave BM

Facebook cadang untuk tukar nama bermula minggu hadapan

Dalam sebuah laporan The Verge, sumber tersebut menyatakan bahawa Facebook bakal menukarkan namanya dalam masa terdekat. Hal berkaitan penjenamaan semula itu akan dibincangkan semasa persidangan tahunan Connect pada 28 Oktober.

Nama tersebut mungkin akan didedahkan lebih awal dan akan bertindak sebagai isyarat bahawa syarikat itu merancang untuk memperluas pengaruhnya dalam media sosial dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Awal minggu ini, Facebook mendedahkan rancangannya untuk mewujudkan 10,000 pekerjaan di Kesatuan Eropah dalam usaha untuk membina apa yang disebut metaverse. Trend penjenamaan semula telah lama dilakukan oleh banyak syarikat besar dan kini Facebook juga mengikuti langkah yang sama.

Sebelum ini, Horizon telah menjenamakan semula platform permainan VR dengan nama “Horizon Worlds”. Perubahan ini mungkin tidak akan mempengaruhi mana-mana produk semasa. Ia mungkin akan berlaku sama seperti Alphabet Inc yang merupakan syarikat induk bagi Google, Calico, Deepmind, Waymo, X dan lain-lain.

Beritahu kami di Facebook tentang pendapat anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version