Site icon TechNave BM

Facebook dan Google akan bina kabel dasar laut untuk hubungkan Asia Tenggara dengan AS

Facebook telah mengumumkan sebuah projek besar di mana mereka akan bekerjasama dengan Google untuk membina kabel dasar laut yang bakal menghubungkan benua Asia Tenggara dan Amerika Utara untuk menambah baik hubungan internet di antara kedua-dua benua. Di Asia Tenggara, kabel tersebut akan dipasang di perairan Indonesia dan Singapura.

Dua kabel yang dianamakan Echo dan Bifrost bakal dipasang di dasar Laut Jawa dan akan meningkatkan kapasiti internet dalam kawasan trans-pasifik sebanyak 70%. Ia bakal menjadi kabel pertama yang akan menghubungkan Amerika Utara dengan Indonesia.

Kabel Echo akan dibina bersama syarikat telekomunikasi Indonesia, XL Axiata, dan akan siap pada 2023. Kabel Bifrost pula akan dibina bersama syarikat Indonesia bernama Telkomsel dan syarikat Singapura bernama Keppel serta bakal siap pada 2024.

Ini adalah sebahagian daripada pelaburan Facebook untuk meningkatkan kesalinghubungan di Indonesia yang merupakan pasaran kelima terbesar untuk Facebook. Walaupun 73% daripada rakyat Indonesia sudah pun mempunyai akses kepada internet, hanya 10% mempunyai akses kepada internet jalur lebar yang memberikan kelajuan lebih tinggi.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Star

Exit mobile version